Add

FB like

Rabu, 4 Ogos 2010

Pengenalan Komputer

Dari segi bahasa komputer berasal dari bahasa latin 'computare' yang bererti mengira.

Dari segi Istilah adalah sebuah 'Alat' yang digunakan untuk memudahkan kerja manusia . Pemprosesan(kerja) yang dilakukan oleh komputer adalah seperti yang telah diprogramkan. Komputer juga mempunyai keupayaan untuk menyimpan data dan mengeluarkan data apabila diperlukan.


Sistem komputer

Sistem komputer terbahagi kepada tiga elemen utama iaitu perisian(software), peralatan(hardware) dan Manusia(pemikir).Software adalah baris -baris aturcara yang teratur dan sistematik untuk memproses input kepada infomasi yang berguna.Tanpa software,mustahil manusia dapat beinteraksi dengan setiap hardware untuk menghasilkan output yang dihendaki.Elemen paling penting adalah manusia kerana tanpa manusia kedua-duanya tidak bererti lagi.

Untuk menjadikan sistem komputer itu lebih baik,maka manusialah yang perlu menambah ilmu perkomputeran.Dengan ilmu tadi barulah sistem komputer itu dapat dikawal dan menhasilkan output seperti yang diharapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan