Add

FB like

Selasa, 10 Ogos 2010

Apa itu virus komputer?

Virus komputer adalah sebahagian daripada "malware"iaitu program yang menjalankan aktiviti yang 'jahat' dalam komputer anda.

Malware terbahagi kepada beberapa cara pengkelasan

1.Cara Bersembunyi

A) worm
Malware yang tidak bersembunyi dalam file atau progam. bersembunyi secara hidden file.

B) virus
Malware yang bersembunyi didalam file atau program.

C) Rootkit
Malware yang bersembunyi proses operasi system



2. Modus Operasi


A) Trojan
Trojan adalah malware yang tersebar meluas secara automatik melalui media yang tercemar bertujuan untuk mencuri maklumat dari sistem komputer anda,Terutama maklumat akuan perbankkan anda sebelum mencuri simpanan anda.


B) Fake anti virus
mempunyai tujuan yang sama seperti trojan,cara penebaran adalah dimuat turun(download) oleh pengguna sendiri dan pengguna sendiri memasang(install)nya. Biasanya ia melakukan helah untuk menbuatkan pengguna memuat turun

selalunya ketika melayari laman web,terdapat pesanan yang menyatakan komputer anda diserangi virus/malware(your computer effected by malware/virus),klik untuk imbasan percuma(click for free scan).apabila anda klik,aktiviti muat turun dan pemasangan telah berjalan.

Fake antivirus seterusnya akan mematikan antivirus anda dan mendesak anda membeli edisi penuh antivirus.jika anda ingin membeli dan memberikan maklumat akaun anda kepadanya,anda akan menyesal tak sudah.

C) Joke
sejenis malware yang tidak mebahaya dan tidak tersebar dengan sendiri.Ianya manpu menggangu perasaan dan perjalannan tugas anda.Ia mampu membuatkan kita naik marah atau ketakutan.

D) Backdoor
mallware yang membuka jalan network anda untuk membolehkan 'hacker' atau malware lain atau span memasuki sistem komputer anda

E) Spyware
Spyware adalah malware yang merisik aktiviti anda terutamanya aktiviti melawat laman sesawang.spyware akan menhantar maklumat kepada server dan data-data ini diproses antaranya untuk tujuan pengiklanan.
Wabbits

F) Exploits
adalah malware yang akan meyerang pada celahan yang ada pada sistem keselamatan kompuer anda.mengemaskini (update)operasi sistem untuk mengurang celahan yang ada.

G) Keyloggers
Malware yang mencuri apa yang ditaip oleh pengguna komputer.biasanya untuk mencuri maklumat yang sentitif seperti password

H) Dialers
Dialer mendail nomber talipon yang tidak dihendaki dengan mengunakan modem anda.biasanya untuk menhantar data yang dicuri ke server Hacker

I) URL injectors
URL injectors akan menyuntik URL tertentu apabila anda melawat laman sesawang tertentu.
Biasanya, URL disuntik merupakan link afiliasi ke URL target. Link sekutu adalah link khas yang digunakan untuk mengesan lalu lintas Afiliasi (pengiklan) telah dihantar ke laman asal.

J) Adware
Adwawe adalah malware yang mendapat kebenaran anda (biasanya dri perjanjian perisian) untuk beroperasi dalam sistem komputer anda.Antivirus tidak mengesan adware sebagai malware.

K)
Wabbits
Adalah malware yang dicipta untuk menyerang satu sistem komputer sasaran.Tidak mempunyai simtem menyalin diri untuk penyebaran

Tanda-tanda komputer anda diserang malware

1) Komputer anda menjadi lambat
2) Fail tidak boleh buka
3)
Data hilang
4) melawat sendiri ke laman sesawang yang tidak dihendaki
5) berlaku sendiri aktiviti komputer yang tidak dihendakki

*jika terdapat ralat sila maklumkan kepada saya dengan memberi komen.terima kasih.

Rabu, 4 Ogos 2010

Pengenalan Komputer

Dari segi bahasa komputer berasal dari bahasa latin 'computare' yang bererti mengira.

Dari segi Istilah adalah sebuah 'Alat' yang digunakan untuk memudahkan kerja manusia . Pemprosesan(kerja) yang dilakukan oleh komputer adalah seperti yang telah diprogramkan. Komputer juga mempunyai keupayaan untuk menyimpan data dan mengeluarkan data apabila diperlukan.


Sistem komputer

Sistem komputer terbahagi kepada tiga elemen utama iaitu perisian(software), peralatan(hardware) dan Manusia(pemikir).Software adalah baris -baris aturcara yang teratur dan sistematik untuk memproses input kepada infomasi yang berguna.Tanpa software,mustahil manusia dapat beinteraksi dengan setiap hardware untuk menghasilkan output yang dihendaki.Elemen paling penting adalah manusia kerana tanpa manusia kedua-duanya tidak bererti lagi.

Untuk menjadikan sistem komputer itu lebih baik,maka manusialah yang perlu menambah ilmu perkomputeran.Dengan ilmu tadi barulah sistem komputer itu dapat dikawal dan menhasilkan output seperti yang diharapkan.

Selasa, 3 Ogos 2010

Mengapa kita perlu komputer

saya seringkali berasa hampa melihatkan ibubapa yang menafikan anak-anak mereka untuk memiliki komputer.Mereka leka dalam memenuhi kehendak mereka semata-mata.Mereka lupa tentang zaman sekarang tanpa pegetahuan komputer kita akan ketinggalan.Mereka lupa anak -anak mereka perlu memahami selok-belok komputer sebelum menjangkau usia permuda.

Seorang sahabat saya mengisahkan anak saudaranya yang cemerlang dalam SPM tapi tidak dapat melanjutkan ke Universiti semata-mata kerana buta komputer.Dia gagal memohon ke universiti kerana lansung tidak tahu tentang komputer.

Malah mencari perkerjaan dewasa kini juga mengunakan komputer.Kebanyakan syarikat swasta mensyaratkan penguasaan komputer pada bahagian-bahagian tetentu untuk memohon perkerjaan.Maka,timbul persoalan disini ialahdimanakah tempat untuk orang yang tidak tahu komputer?

Komputer bukan sahaja untuk memohanan.Komputer juga merupakan alat yang dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja kita.Ia juga dapat menjimatkan wang apabila kita tidak perlu membayar orang lain untuk menesaikan kerja kita.

Komputer juga boleh mengjadi sumber pendapatan.Tidak dinafikan sesetangah orang hanya berkerja dihadapan komputer di rumah dan memperolehi pendapat terus ke akaun bank mereka.Malah mereka yang mempunyai pengalaman luas tentang komputer pula boleh menjual perkhimatan membaiki komputer.

Penguasan pengetahuan komputer dapat memudahkan kita menakses ke sumber-sumber maklumat yang berguna untuk meninkatkan kualiti hidup kita.kita boleh berkonsi penalaman dan pengatahuan dalam bidang kita ceburi.Kita juga boleh menakses keberita-berita yang "dihalang" dari pengetahuan umum.

komputer juga boleh menhubungkan manusia.Terdapat banyak laman web sosial yang menarik seperti facebook dan frienster. Dengan ini kawan lama yang terpisah lama juga boleh dihubungi semula.

Komputer bukan lagi barang-barang mewah yang hanya mampu dimiliki oleh golongan berada sahaja.Harganya semangkin murah.Seandai terlalu susah untuk membeli set komputer baru,banyak set komputer 2nd hand yang murah dan mampu milik.Jangan kita memusnahkan masa depan anak-anak kita.